Kerajaan memperkenalkan pelbagai cara untuk mendidik anak-anak Malaysia supaya mengitar semula. Antara program yang dijalankan adalah seperti berikut :
Bagi generasi sekarang, aktiviti kitar semula patut dijalankan secara berterusan. Sayangilah Bumi kita. Kita tidak boleh membiarkan satu pihak sahaja bekerjasama. Kita sebagai rakyat turut patut mengambil langkah untuk mengitar semla.
Monday, 14 November 2016
Bumi,
Adakah kau sedar kau
berhutang budi dengan bumi,
Bumi tempat kau
berteduh,
Bumi tempat kau
mencari nafkah hidup,
Bumi tempat kau
bersuka ria,
Mencari kenangan
menelusuri hidup yang indah,
Indah, ya indah, indahnya
Bumi kita,
Tetapi itu dahulu,
Kini, kini Bumi
semakin gersang,
Kerana mnusia rakus
mengejar kemajuan,
Di mana keprihatinan
kita?
Di mana nilai
kesyukuran kita?
Di mana?
Ayuh selamatkan Bumi
kita,
Ayuh mengitar semula!
Apabila menyebut tentang
kitar semula pastinya ramai dalam kalangan kita tahu tentang apakah yang
dimaksudkan dengan amalan itu. Aktiviti
kitar semula amat penting dan perlu disemaikan dalam diri setiap individu. Tetapi
sejauh manakah kita mengetahui kepentingan kitar semula?Sejauh manakah amalan kitar semula ini dipraktikkan oleh masyarakat kita
pada hari ini?
Sebelum menelusuri mengenai persoalan di atas, sebaiknya kita
memahami dan mengerti apa itu kitar semula.
DEFINISI KITAR SEMULA
Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan
Pembersihan Awam 2007 ( Akta 672) kitar semula bermaksud memungut dan
mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran. Kitar semula
berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk yang sama. Kitar
semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber
yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar,
kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas
di dan dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan
kepada produk atau bahan baru.
CONTOH AMALAN KITAR SEMULA
Menyediakan
tempat buangan barang yang boleh dikitar semula. Inisiatif ini boleh
dilaksanakan secara menyeluruh contohnya di peringkat sekolah rendah, institusi
pengajian tinggi dan di pusat membeli belah.
Menggunakan barangan
kitar semula untuk mencipta produk yang lain. Contohnya dalam pembuatan beg
kertas boleh dilakukan menggunakan kotak yang terpakai.
MENGAPA KITA PERLU MENGITAR SEMULA
Dianggarkan secara purata rakyat Malaysia menghasilkan kira-kira
33, 000 tan sisa pepejal pada setiap hari. Ini bermakna sisa pepejal yang
dihasilkan adalah kira-kira 12 juta tan metrik setahun. Daripada jumlah ini
pula dianggarkan sekurang-kurangnya 95 hingga 97 peratus daripada semua sisa
pepejal di semenanjung Malaysia sahaja adalah berakhir di tapak pelupusan,
manakala hanya tiga hingga lima peratus sahaja diproses di kilang-kilang kitar
semula. Kitar semula merupakan salah satu
cara terbaik untuk kita bagi mendapatkan kesan yang positif kepada dunia yang
sedang didiami ini. Kita perlu bertindak dengan pantas kerana jumlah bahan
buangan atau sisa yang di buang oleh kita sendiri semakin meningkat dari semasa
ke semasa.
Jumlah sisa yang dihasilkan adalah semakin meningkat kerana :
Peningkatan dalam pendapatan/kekayaan yang memberi
makna orang ramai membeli lebih banyak produk dan seterusnya menghasilkan
lebih banyak sisa .
Peningkatan populasi bermakna semakin ramai manusia di
muka bumi ini yang menghasilkan sisa .
Pengeluaran produk berteknologi dengan pembungkusan
yang terkini di mana kebanyakannya mengandungi bahan yang tidak dapat
dilupuskan (bahan tidak biodegradasi).
Perubahan gaya hidup seperti makanan segera yang
menghasilkan sisa /bahan buangan yang tidak dapat dilupuskan seperti
pembalut makanan yang dibuat dari kertas minyak.
video cara negara lain mengitar semula sampah yang dihasilkan oleh masyarakatnya.