Monday, 14 November 2016

                                                                       Bumi,
Adakah kau sedar kau berhutang budi dengan bumi,
Bumi tempat kau berteduh,
Bumi tempat kau mencari nafkah hidup,
Bumi tempat kau bersuka ria,
Mencari kenangan menelusuri hidup yang indah,
Indah, ya indah, indahnya Bumi kita,
Tetapi itu dahulu,
Kini, kini Bumi semakin gersang,
Kerana mnusia rakus mengejar kemajuan,
Di mana keprihatinan kita?
Di mana nilai kesyukuran kita?
Di mana?
Ayuh selamatkan Bumi kita,
Ayuh mengitar semula!



Apabila menyebut tentang kitar semula pastinya ramai dalam kalangan kita tahu tentang apakah yang dimaksudkan dengan amalan itu. Aktiviti kitar semula amat penting dan perlu disemaikan dalam diri setiap individu. Tetapi sejauh manakah kita mengetahui kepentingan kitar semula? Sejauh manakah amalan kitar semula ini dipraktikkan oleh masyarakat kita pada hari ini?

Sebelum menelusuri mengenai persoalan di atas, sebaiknya kita memahami dan mengerti apa itu kitar semula.

DEFINISI KITAR SEMULA
Menurut Akta Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam 2007 ( Akta 672) kitar semula bermaksud memungut dan mengasingkan sisa pepejal bagi maksud menghasilkan keluaran. Kitar semula berlaku apabila bahan-bahan diproses dan menghasilkan produk yang sama. Kitar semula mengubah bahan-bahan yang sepatutnya menjadi sisa kepada sumber-sumber yang bernilai. Sebagai tambahan, ia menjadi sumber kepada alam sekitar, kewangan dan faedah sosial. Bahan-bahan seperti kaca, besi, plastik dan kertas di dan dikumpul, diasingkan dan dihantar ke pusat pemprosesan untuk ditukarkan kepada produk atau bahan baru. 


CONTOH AMALAN  KITAR SEMULA


Menyediakan tempat buangan barang yang boleh dikitar semula. Inisiatif ini boleh dilaksanakan secara menyeluruh contohnya di peringkat sekolah rendah, institusi pengajian tinggi dan di pusat membeli belah.
        


Menggunakan barangan kitar semula untuk mencipta produk yang lain. Contohnya dalam pembuatan beg kertas boleh dilakukan menggunakan kotak yang terpakai.


MENGAPA KITA PERLU MENGITAR SEMULA
Dianggarkan secara purata rakyat Malaysia menghasilkan kira-kira 33, 000 tan sisa pepejal pada setiap hari. Ini bermakna sisa pepejal yang dihasilkan adalah kira-kira 12 juta tan metrik setahun. Daripada jumlah ini pula dianggarkan sekurang-kurangnya 95 hingga 97 peratus daripada semua sisa pepejal di semenanjung Malaysia sahaja adalah berakhir di tapak pelupusan, manakala hanya tiga hingga lima peratus sahaja diproses di kilang-kilang kitar semula. Kitar semula merupakan salah satu cara terbaik untuk kita bagi mendapatkan kesan yang positif kepada dunia yang sedang didiami ini. Kita perlu bertindak dengan pantas kerana jumlah bahan buangan atau sisa yang di buang oleh kita sendiri semakin meningkat dari semasa ke semasa.
Jumlah sisa yang dihasilkan adalah semakin meningkat kerana :
  • Peningkatan dalam pendapatan/kekayaan yang memberi makna orang ramai membeli lebih banyak produk dan seterusnya menghasilkan lebih banyak sisa .
  • Peningkatan populasi bermakna semakin ramai manusia di muka bumi ini yang menghasilkan sisa .
  • Pengeluaran produk berteknologi dengan pembungkusan yang terkini di mana kebanyakannya mengandungi bahan yang tidak dapat dilupuskan (bahan tidak biodegradasi).
  • Perubahan gaya hidup seperti makanan segera yang menghasilkan sisa /bahan buangan yang tidak dapat dilupuskan seperti pembalut makanan yang dibuat dari kertas minyak.


 

video cara negara lain mengitar semula sampah yang dihasilkan oleh masyarakatnya.





No comments:

Post a Comment